Monday, July 13, 2009

salah pelanggan ke penjual yang bersikap menyakitkan hati?!!!

Situasi 1 : (Kedai Telekomunikasi)

Aku : "Topup digi rm10 ade?"

Penjual A tak jawap pown..Terus pi amek kad topup.Kasik..Aku hulur duit note RM50.

Penjual A : "Duit kecil tak de ke?"
(suara dengan nada separuh menjerit,muka bengang dan kening
terangkat)
Aku cuak..Heran pun ade.Tak boleh cakap elok-elok ke?

Aku : "Erm..tak de..sori."

Penjual bukak cash register, kasi duit balik dengan muka ketat..

Aku : "Terima kasih."

Penjual tak pandang aku pun..Sambung dengan khayalan dia..

*Nota : Bukan patutnya kau sebagai penjual kena sediakan duit kecil ke sebelum
bukak kedai..Kalau tak sempat nak pegi tukar pun, tak de bahasa lagi
elok ke nak guna? Salah ke kalau tanya macam ni e.g : "Alamak,duit kecil
terhad..cik dah tak de duit kecil lagi ke?" Dengan nada yang sesuai dan
pandangan yang sesuai..Kan banyak cara lagi nak tanya.Bukan main
gertak je.Mana pergi Rukun Negara ke-6 :kesopanan dan kesusilaan..tak
pun kempen yang kerajaan dok buat bebanyak :"budi bahasa,budaya kita"
apa jenis budaya yang aku nampak ni? Macam haram..layan aku macam
sampah.sampah pun kalau aku nampak, aku kutip bawak masuk lam tong
sampah..Hormat gak pe..Ish..kalau ikut hati dah pegi report ni kat
khidmat pelanggan..harap sabar lagi ni...


Situasi 2 : Kedai barang-barangan kecantikan /penjagaan badan
(tak silap aku la lupa daa)

Aku tengah berjalan-jalan mencari barang yang aku berhajat nak beli tiba-tiba.....

Pelanggan A : "Adik,adik, kejap..Nak tanya."
Aku : "Ya kak, ada apa?"
Pelanggan A : "Ni pelembab rambut ke?"
Aku : "Ya kak, pelembab rambut untuk penjagaan rapi."
Pelanggan A : "Apa beza dengan yang ini?"
Aku : "Oh, dia sama je kak, cuma yang ini untuk rambut yang rosak
hujung bercabang dan yang itu pulak untuk rambut orang yang
kepala dia banyak kelemumur." Sama je cuma untuk lain-lain jenis
treatment." (Senyum)
Pelanggan A : "Oh yang ni dik, macam mana pulak?"
Aku : "Oh yang tu, sama je cuma jenama je lain."
Pelanggan A : "Oh macam tuh.Terima kasih la dik,Akak tanya banyak
banyak,menyusahkan je.Akak cari pekerja dia, tak nampak batang
hidung pun. tu minta tolong adik tu. Terima kasih ya, maaf lah
ganggu adik nak cari barang-barang adik."
Aku : "Eh, tak de la kak, tak susah pun saya beritahu apa yang saya
tahu je."
(Dalam hati : Takpe kak, saya pun pernah kerja bahagian
customer service dulu, so saya tak kesah pun layan akak, akak
layak dapat layanan yang baik sebab akak pelanggan.Or at least,
that's why they say "Customer is always right." The right to
receive a good service, the right to get a good quality in
everything you buy.Or maybe that's just what I believe)

Situasi 3 : Kaunter
2 orang pelanggan sedang berbual tentang alatan make up. Mereka seperti ingin bertanya kepada penjual tapi..seperti biasa, penjual akan buat muka "BOSAN". Mereka berbual seketika.lalu..
Pelanggan B : "Nak tengok yang ni, tolong ambil kejap."

Penjual B mengambil barang yang diminta dan baru sahaja aku nak minta dia ambil barang yang aku nak tengok dia terus berlalu pergi. Oh rupa-rupanya disuatu sudut 2 orang rakannya menanti dengan kertas-kertas yang merujuk kepada rekod stok.Aku menunggu, aku tahu, aku pun pernah kerja macam ni, ku pikir pasti mereka ada nak berbincang, namun sangkaanku salah, mereka rupanya sedang bergosip, kertas-kertas itu hanya dibelek seolah-olah menunjukkan mereka sedang membuat kerja mereka.

Pelanggan B : "Erm." (Berpaling mencari-cari penjual B)
Terus penjual bergegas ke arahnya.
"Tolong ambil yang itu. Terima kasih."
Penjual tersenyum. Okay lah at least dia senyum tak macam yang
tadi.
Aku : "Cik tolong ambil yang ini.Terima kasih."
Penjual kembali pada rakan-rakannya. Sambung bergosip.

*Nota : Time kerja la jugak nak bergosip kan..Kesian la pelanggan-pelanggan kena tipu.konon ingat korang tengah buat kerja..hmmm..apa dah jadi dengan "Customer comes first.." now i guess gossip comes first. *sighs* Mana la ajaran-ajaran pasal the rules pasal customer sevice..Ke diorang ni tak dilatih? Nak salahkan siapa? Pelanggan? Kalau Si penjual yang bersikap menyakitkan hati macammana??Bukan customer ke yang beli barang diorang dan hasil dari tuh gaji diorang datang?Diorang lupa ke diorang dibayar untuk apa? *Sighs* Patutlah aku macam malas nak kua pi beli kat Terengganu ni..Macam siot.Setiap kali keluar pasti ada je penjual yang cari pasal dengan aku.....Damn!!!


3 comments:

  1. tu lah...harap2 suatu hari nanti aku boleh jadi bos..nak training pekerja jadi beratuliah sikit..jgn buat perangai songsang gitu

    ReplyDelete