Monday, July 6, 2009

baju dua lapis

Aku baru pulang dari misi mencari kerja yang tak henti-henti sejak 3 hari yang lalu. Penatnya rasa tuhan saja yang tahu.
"Assalamualaikum." Salam ku berikan selepas pintu rumah kubuka.
"Waalaikummussalam" Sahut kakakku yang leka dimeja makan..Menyiapkan makan malam barangkali.

"Yeay.Yeay.Aunty dah balik."
"Yeay.Yeay Aunty dah balik."
Haziq dan Safiah menyambut kepulanganku dengan sorakan. Safiah sambung bermain dengan alat-alat permainannya. Aku terus menuju ke bilik dengan langkah yang laju. Haziq mengekoriku dari belakang.

Haziq : "Aunty,aunty pegi mana tadi?"
Aunty Ema: "Aunty ada keje sikit tadi."
Mama : "Haziq, dah jangan kacau anuty, aunty penat tu."

Pintu bilik ku buka dengan harapan Haziq akan kembali menonton televisyen tanpa menghiraukan aku. Tanggapanku salah. dia masih setia dibelakang ku..Aku terus baring ditilam.Malasnya nak layan budak kecik ni.Haziq duduk disebelahku.Membelek-belek bajuku..

Haziq : "Nape aunty pakai baju 2 lapis aunty?"
Aunty Ema : "Saje je.."
......
Ketika itu aku memakai t-shirt yang muat-muat dengan potongan bentuk badanku..bersama vest yang kononnya trend budak-budak muda sekarang..

Haziq : "Baju ni kecik..tapi muat ngan aunty ek?" Ujar Haziq sambil memegang vestku..
........

Nota: budak-budak kecik kadang-kadang diorang sarcastic diorang tak sedar...tapi mereka cuma berkata benar..huhuhu

5 comments:

  1. baju kecik lah bes. myam! nyam!

    ReplyDelete
  2. hahaha..funny la ko neyh..;p

    ReplyDelete
  3. kenapa dia panggil lu aunty?
    dia memang anti lu eh?

    ReplyDelete
  4. sbb gua aunty die la beb..ape la ko..

    ReplyDelete
  5. aku pun nak wat perangai camtu gak la kat memember

    ReplyDelete