Wednesday, May 19, 2010

benarkah?

benarkah kita menulis khas untuk pembaca? tapi kalau tak ada pembaca siapalah kita kan? tapi kalau kita tulis bukan lahir dari keikhlasan hati cuma hanya untuk menjadi tatapan pembaca..hanya untuk berkata dengan rasa hebat dan bijak untuk dipuji maka karya itu tidak lagi seasli karya yang kita mau,benar? karya yang mungkin diambil/diolah/diadaptasi cuma dalam gaya penulisan yang berbeza....

topik yang dibincangkan seakan serupa dengan topik yang dibincangkan orang lain....hanya kerana topik itu hangat diperdebatkan dan disebut disana sini...itukah apa yang kita mahu tonjolkan?berbaloi kah? adakah apa yang terbuku dihati dapat diluahkan?

benarkah apa yang kita mahu dunia tahu dan lihat hanya untuk menjadi tatapan dan bualan dan semoga orang lain kisah dengan apa yang berlaku disekeliling kita?untuk mendapat respon?apa sebenarnya tujuan kita menulis?mungkin bukan kita?mungkin aku?mungkin dahulu aku punyai matlamat ku sendiri..aku mahu menulis sesuatu yang indah..sesuatu yang puitis dan membuat orang sekeliling berfikir tentang apa yang aku coretkan..mungkin juga suatu hiburan untuk mereka yang bosan..namun kini tujuan itu semakin pudar..

aku sendiri sudah tidak tahu apa tujuan ku menulis lagi...tiada kata-kata indah yang dapat aku kongsi lagi..dahulu aku mahu berkongsi warna warni hidup aku dengan mereka semua..aku mahu perasaan sedih,marah,takut,gembira dan segala emosiku dibaca dan dihayati serta dirasai mereka yang membaca....namun kini tiada lagi metafora yang dapat aku guna pakai..tiada lagi idea-idea yang bernas lahir dari otakku ini..aku ketandusan...idea..atau mungkin?mungkin juga menulis bukanlah kepakaranku..jauh lagi mempunyai bakat untuk mencoretkan keindahan warna warni dunia ini agar dapat aku kongsi warna itu dengan mereka...

sedih..aku sedih..pahit menerima semua ini..namun tiada daya ku lagi...


shaem,watehel??sasau ke tak cukop tidow..daahhh go to sleep..like NOW!!!!

1 comment: