Wednesday, March 23, 2011

aku suatu kekecewaan

kekecewaan...lahir dari rasa dalam hati yang terdalam..

mungkin harapan yang telah terpacak dihancurkan dengan berita yang menyedihkan..segala impian menggunung tinggi terburai...

mungkin juga lahir kerana seseorang yang disayangi telah membuat sesuatu yang paling kita takut dan harap dia tak buat..tapi tetap dia buat...


bagaimana?bagaimana cara untuk menangani kekecewaan?dan bagaimana reaksi yang perlu kita paparkan jika kita adalah suatu kekecewaan buat seseorang yang kita sayang?

mereka kata aku juara...tipu..mereka bohong..lahir aku untuk kecewa dikecewakan dan mengecewakan orang sekeliling... paling nyata aku seorang yang mengecewakan beliau..

bagaimana mahu aku putar masa...

sepatutnya dulu aku berterus terang sahaja bukan??bukan biarkan beliau merana kerana kata orang..merana mengingatkan perbuatan terkutuk aku ini...

siapa aku untuk berkata apa-apa..aku hanyalah suatu kekecewaan..

1 comment:

  1. macam ombak. ada pasang, ada surutnya. tayar yang paling super pun kadang-kadang pancit juga. kewl ek cik?

    ReplyDelete