Friday, January 29, 2010

gigolo

Hari itu sangat membosankan...masa berjalan agak lembab..Masa telah pun menunjukkan pukul 6..dan kami dikaunter berkejar untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak pernah sudah.Tiba-tiba abang besar pun bersuara..

Abg Besar : "Wei, Sha, aku rase cam nak buat kerja yang menggadai maruah aku jek hari neyh." Ujarnya..Mukanya tampak serius..

Aku : "Aku on jek bang. Hasil bagi dua..dah bosan kerja kat kaunter ni."

Abang besar tersenyum dengan respon aku tersebut.

Abang Besar: "It's my maruah i'm gadaiying here...and kau kate kau on jek?wth?bukan aku suruh kau gadai maruah kau." Dia masih lagi tergelak besar dengan statement aku yang tak boleh blah tuh..

Kak Rok : "Hotel mahal murah bang?" Dengan nada selamba cha-cha beliau pun turut serta dalam perbualan kosong kitaorang...

Abang Besar : "Kau tengok mek sha..ni semua pengaruh kau..Kak Rok yang baik ni boleh tanya aku soalan kontroversi."

Aku : "Tapi...aku on jek bang..kalo dapat duet lebih..hahahaha"

Dan setengah jam selepas itu...kami masih lagi tergelak dengan lawak bodoh ciptaan kami berdua...

moral : elakkan mencipta ayat-ayat atau perbualan berbaur lucah/pengarotan yang amat dalam situasi tegang..ia hanya akan menambahkan lagi rentetan perbualan yang mengarut dan tak tercapai dek akal yang sudah sentiasa ada mengarut itu.....

*LOLS*